Lawati blog Prisma?

Jom Undi, klik bawah...

Khamis, 25 Mac 2010

Ucapan Presiden PERMAI


Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Bersyukur kita kepada Allah atas nikmat Iman dan Islam yang tidak  ternilai dengan harga dunia, yang menjadi bekal perjalanan ke akhirat sana. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w. rasul junjungan tercinta.

Sebagaimana yang kita maklum, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan ( MPPMJ ) sudah berada dalam fasa pertambahan bilangan ahli yang kini telah melebihi seribu orang. Maka, platform KARISMA boleh dijadikan salah satu wasilah terbaik bagi mencari pertama-permata sukan sekaligus menyatukan semua mahasiswa dari segenap mantiqah di Jordan di atas ikatan ukhuwah melalui semangat kesukanan. Tahun ini bertempat di Mafraq, diharapkan KARISMA 2010 menjadi medan untuk semua mahasiswa dan mahasiswi menyahut motto kejohanan pada tahun ini , ‘Minda Atasi Upaya‘.

Kepadatan jadual kelas dan juga peperiksaan sebenarnya bukanlah alasan untuk kita tidak berkecimpung dalam arena sukan. Sebagaimana yang kita tahu kekuatan minda juga bergantung kepada kesihatan tubuh badan, dan kekuatan minda juga mampu meningkat upaya manusia jauh daripada apa yang kita sangka. Korelasi antara minda dan tubuh ditambah dengan tiupan kekuatan rohani  adalah sangat penting dalam melahirkan mahasiswa muslim yang produktif. Oleh itu, sama-sama kita menjadikan lapangan sukan ini sebagai salah satu cara untuk membangunkan kualiti diri kia dan sebagai bentuk manifestasi kehambaan kita kepada Allah.

Akhir kata, khusus buat semua ahli PERMAI, saya mewakili barisan pimpinan PERMAI mengucapkan selamat berKARISMA, semoga medium sukan ini menjadi wadah untuk kita mencapai halatuju PERMAI bagi sesi ini iaitu kebersamaan ahli dan pembangunan mentaliti dan potensi.
Buat semua warga MPPM, sama-sama kita berusaha agar program yang besar seperti ini berjaya mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga berjaya  juga diucapkan buat ajk pelaksana KARISMA 2010 di bawah pimpinan saudara Roy Andika bin Soeharto, semoga dipermudahkan urusan oleh Allah.

Sekian, terima kasih. 
'Bersatu ke Arah Kecemerlangan'

Muhammad Naqeb bin Sulaiman,
Presiden,
Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid ( PERMAI ),
Sesi 2009/2010.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Berikan Kata-Kata Semangat Anda...