Lawati blog Prisma?

Jom Undi, klik bawah...

Jumaat, 30 April 2010

Rabu, 28 April 2010

HOTLINE KECEMASAN D' MAFRAQ 2010

berikut adalah nombor-nombor yang perlu dihubungi sekiranya anda berada di dalam kecemasan.

Juru Kamera Rasmi KARISMA 2010 D'Mafraq


Juru Kamera Rasmi untuk KARISMA 2010 D'Mafraq. Terdiri daripada mereka yang tidak asing lagi dalam dunia fotografi. Mereka adalah:


Terus muat turun Peristiwa KARISMA 2010 D'Mafraq hanya dengan klik nama juru kamera di atas.
Pastikan selepas tamat KARISMA 2010 D'Mafraq

Selasa, 27 April 2010

Tentatif Program KARISMA 2010 D' Mafraq (lengkap)


TENTATIF PROGRAM KARNIVAL SUKAN MAHASISWA MALAYSIA JORDAN 
(KARISMA) ‘10

TARIKH : 29 APRIL 201O KHAMIS
6.00 petang     :           Ketibaan peserta
7.00 petang     :           Taklimat program
8.00 malam     :           Istirehat

TARIKH : 30 APRIL 2010 ( JUMAAT )
MASA
LELAKI
PEREMPUAN
CATATAN
8 AM – 12 PM

Bola sepak ( Peringkat kumpulan )


Olahraga :
100 m
200 m
400 m
4 x 100 m
4 x 400 m
1500 m
   

Ping – Pong

Badminton

Bola tampar
SYABAB
Bola sepak = Sarhan & Baladi
Olahraga = Baladi

AKHAWAT
Ping–Pong = Syurhabil
Badminton = Solah
Bola tampar= Mal’ab

`


Solat Jumaat



Bola jaring



SYABAB
Bola sepak    = Sarhan
Bola Tampar = Solah

AKHAWAT
Bola jaring = Syurhabil

2 PM – 6 PM

Bola sepak ( Peringkat separuh akhir & penentuan 3,4 )

Bola Tampar

7.30 PM – 11 PM

Badminton

Ping - Pong


SYABAB
Badminton  = Solah
Ping – Pong = Solah


TARIKH : 1 MEI 2010 ( SABTU )
MASA
LELAKI
PEREMPUAN
CATATAN

8 AM – 10 AM

( FINAL )
Bola sepak

FINAL Olahraga
100 M & 4 x 100

Olahraga :
100 M
200 M
4 x 100 M

*Sukaneka keluarga

SYABAB
Bola sepak =  Baladi

AKHAWAT
Sukaneka =  Shurhabil
Olahraga   = Jamiah

*Tertakluk pada pindaan dan syarat dari pihak penganjur


TENTATIF PROGRAM PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL SUKAN MAHASISWA MALAYSIA JORDAN
 KARISMA 2010 PADA 01/05/2010

Masa                Acara

8.00 pagi          Olahraga akhwat di Stadium Baladi

9.00 pagi          Akhir bola sepak

10.00 pagi         Akhir 100 meter dan 4x100 meter
                        Dirasmikan oleh Tn. Hj. Sulaiman bin Ismail.

10.20 pagi         Penyampaian hadiah bagi olahraga oleh Tn. Hj. Sulaiman bin Ismail.

11.30 pagi         Ketibaan peserta dan tetamu VVIP di Dewan Hussien

12.00 tgh          Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Jordan
Bacaan Doa
Perarakan Kontijen

12.25 tgh          Ucapan Majlis Perwakilan Pelajar (MPPM)
Saudara Ahmad Sharul Adnan

12.30 tgh          Ucapan Presiden Universiti Al al-Bayt

12.35 tgh          Ucapan Gabenor Mafraq (Bergantung kepada pengesahan)

12.40 tgh          Ucapan Duta Besar Malaysia sekaligus merasmikan Majlis Penutup KARISMA Kali Ke-3

12.50 tgh          Penyampaian Hadiah
·                     Wakil Kementerian Pelajaran Jordan
(Pemenang bagi acara 100 meter dan 4x100 meter)
·                     Presiden Universiti Al al-Bayt
(Pemenang bagi acara ping pong dan badminton)
·                     Gabenor Mafraq
(Pemenang bagi acara bola tampar)
·                     Datin Jamilah bt. Talib
(Pemenang bagi acara bola jaring)
·                     Dato’ Abdul Malek b. Abdul Aziz
(Pemenang acara bagi bola sepak, perarakan dan johan keseluruhan)

1.25 ptg                        Penyerahan bendera mantiqah dan diikuti persembahan slide show

1.30      ptg       Penutup

 


Perkampungan KARISMA2010 D'Mafraq

Berikut adalah peta penginapan kontinjen-kontinjen luar Mafraq


 
Peta Universiti AL al-Bayt, Mafraq


 
Peta Sekitar Bandar Mafraq

Isnin, 5 April 2010

Ucapan Presiden PPMA



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

            Alhamdulillah diucapkan, pujian dan syukur kepada Tuhan Sekalian Alam yang memberikan kita kesihatan untuk beriadah dan menganugerahkan nafas untuk merasai nikmat kehidupan. Selawat dan salam rindu kami kepada junjungan besar Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga baginda dan sahabat-sahabat radhiallahu ‘anhum ajma’in. Moga kita tergolong dalam golongan yang bersama mereka kelak insya-Allah.

            KARISMA pada tahun ini sekali lagi bertandang menyambut mesra para mahasiswa se-Jordan, tahniah diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM) kerana berjaya menganjurkan program yang meningkatkan semangat mahasiswa sekalian. Kami Persatuan Penuntut Malaysia Amman (PPMA) meskipun kecil bilangannya tetapi ia tidak membawa maksud kecil juga semangatnya, bak cili padi yang dikenali kerana kepedasannya. Dengan berbekalkan moto ‘Minda Atasi Upaya’ yang telah dilaungkan oleh ajk KARISMA pada tahun ini, kami akan terus maju melangkah ke hadapan membentuk minda yang mampu mengatasi keupayaan, insya-Allah.

            Sebagaimana yang dimaklumi, PPMA pada tahun lepasnya menarik diri daripada  KARISMA dek kerana syarat-syarat yang menyukarkan kami untuk masuk bertanding, maka kami pada tahun ini akan bangkit menuntut kembali piala-piala kami, bangun menyebarkan sayap kegemilangan kami dan berjuang mengharumkan nama PPMA di seluruh Jordan.  

            Namun begitu, perlu diingatkan objektif sebenar program KARISMA ini, iaitu untuk mengukuhkan ukhuwah mahasiswa-mahasiswa Jordan tanpa mengenal mantiqah, universiti mahupun menang kalah. Bersukanlah dengan niat mendapat keredhaan Allah kerana di sanalah kemenangan yang hakiki. Adapun kejayaan yang dikecapi tanpa mengira baik buruk itu sebenarnya adalah satu kegagalan yang dianugerahkan kepada kita tanpa kita sedari. Oleh kerana itu, bersukanlah sebagaimana bersukannya para sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.

            Akhir kalam, kepada mahasiswa PPMA khususnya dan mahasiswa se-Jordan amnya, doa dan harapan kepada Allah SWT itu janganlah sekali-kali dilupa serta diendahkan, tanpa-Nya kita tidak lebih nilainya daripada abu dan sampah yang berselerak. Hanya dengan bantuan-Nya kita akan memperolehi kejayaan. Harapan kami agar KARISMA kali ini mampu memberi impak positif kepada mereka yang terlibat samada secara rasmi mahupun bukan. Tidak dilupakan juga kepada ajk KARISMA yang bertungkus lumus menjayakan program, semoga kalian mendapat kebaikan di sisi Allah.


Wan Abdul Baith Izzuddin bin Wan Mustapa
Timbalan Presiden I,
Persatuan Penuntut Malaysia Amman (PPMA),
Sesi 2009/2010.