Lawati blog Prisma?

Jom Undi, klik bawah...

Jumaat, 26 Mac 2010

Peraturan-Peraturan Pertandingan


PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK

1.      Pertandingan berformatkan liga 2 kumpulan
2.      2 pasukan teratas sahaja akan ke perlawanan separuh akhir.
3.      Juara dan naib juara kumpulan ditentukan dengan spesifikasi berikut :-
·         Mata tertinggi.
·         Jumlah jaringan tolak ( – ) bolos.
·         Pertembungan muka ke muka.
4.      Penentuan kumpulan bagi setiap pasukan adalah berdasarkan undi di hari perlawanan.
5.      Tempoh perlawanan adalah selama 40 minit. Perlawanan akhir sahaja akan berlangsung selama 60 minit
6.      Setiap mantiqah diberi kuota 2 pasukan sahaja.
7.      Setiap mantiqah tidak dibenarkan mengambil pemain luar kecuali mantiqah Amman.
8.      Setiap pasukan diwakili seramai 18 pemain.
9.      Undian akan dijalankan untuk menentukan kumpulan.
10.  Setiap pasukan hendaklah memakai jersi seragam. Pakaian hendaklah menutup aurat.
11.  Peraturan permainan mengikut peraturan FIFA.
12.  Setiap pasukan hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Keputusan pengadil adalah Muktamad.
13.  Setiap pemain diwajibkan memakai kasut bola.
14.  Sebarang kata-kata kesat adalah ditegah sama sekali. Pemain boleh dibuang padang atas timbang rasa pengadil.
15.  Kami memerlukan sekurang-kurangnya 3 orang wakil dari setiap mantiqah untuk menjadi pengadil dan pembantu pengadil.
16. Bagi mantiqah Amman dibenarkan mengambil pemain atau peserta vateran dari semua mantiqah atau kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Jordan bagi mengelakkan mantiqah lain menghantar pasukan penuh atas tiket Amman.


Badminton Lelaki &Perempuan

  1. Pertandingan berformatkan LIGA.
  2. Setiap mantiqah dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja.
  3. Setiap pasukan terdiri daripada :
    1. 3 pemain perseorangan
    2. 2 pasangan beregu
    3. 2 pemain simpanan
  4. Mata perlawanan adalah sebanyak 21, dan jika kedudukan mata terikat
       pada angka 20-20, maka kemenangan hendaklah ditentukan dengan beza 2  
       mata, dan jika berlarutan pada angka 29-29, mata 30 adalah game point.
  1. Setiap perlawanan berlangsung sebanyak 2 set utama, dan jika berlarutan, perlawanan terpaksa dilangsungkan ke rubber set. Kiraan mata untuk rubber set adalah sebanyak 21 juga.
  2. Juara akan ditentukan melalui mata tertinggi di dalam liga.
  3. Pakaian pemain hendaklah menutup aurat sejajar dengan mahasiswa/I Islam.
  4. Peraturan permainan mengikut peraturan BWF (Badminton World Federation).
  5. Setiap pasukan hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pengadil dan keputusan pengadil adalah muktamad.
  6. Nisbah bagi menentukan juara liga akan dikira seperti berikut :-
·         Menang terbanyak
·         Kemenangan besar ( 3 berbalas 0 ke atas )
·         Pertembungan muka ke muka
  1. Kami memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang wakil dari mantiqah untuk menjadi pengadil 

PERATURAN PERTANDINGAN PINGPONG

1-      Permainan berbentuk LIGA.
2-      Pemain hendaklah menghadirkan diri ke tempat permainan 10 minit LEBIH AWAL. Sekiranya gagal menghadirkan diri lebih awal atau terlambat akan dikira KALAH.
3-      Bat terlanggar meja dikira BATAL. ( Satu mata untuk pihak lawan )
4-      Meletak tangan di atas meja ketika perlawanan dikira BATAL. ( Satu mata untuk pihak lawan )
5-      Tidak dibenarkan menukar pemain ketika perlawanan
6-      Baling bat secara sengaja dikira BATAL PERMAINAN. ( Kemenangan bagi pihak lawan )
7-      Permainan akan DIBATALKAN sekiranya berlaku pergaduhan di antara pemain atau penyokong. ( Keputusan akan dibuat oleh pengadil permainan )
8-      Penggunaan bat yang tidak bergetah TIDAK DITERIMA
9-      Nisbah bagi menentukan juara liga akan dikira seperti berikut :-
1.      Menang terbanyak
2.      Kemenangan besar ( 3 berbalas 0 ke atas )
3.      Pertembungan muka ke muka
·         Kami memerlukan senarai nama pengadil setiap mantiqah seramai 2 ORANG

 

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

1.      Pertandingan berformatkan liga.
2.      Setiap mantiqah dikehendaki menghantar 2 pasukan.
3.      1 pasukan adalah seramai 9 orang. (6 pemain utama serta 3 orang pemain simpanan)       
             beserta seorang pengurus pasukan
4.      Mata perlawanan adalah sebanyak 25 mata, dan jika kedudukan mata terikat pada angka 24-24, maka kemenangan hendaklah ditentukan dengan beza 2 mata. Dan jika berlarutan pada angka 29-29, mata 30 adalah game point.
5.      Setiap perlawanan berlangsung sebanyak 2 set utama, dan jika berlarutan, perlawanan terpaksa diseret ke rubber set. Kiraan mata untuk rubber set adalah sebanyak 15 mata sahaja.
6.      Juara liga akan ditentukan melalui mata tertinggi di dalam liga.
7.      Pakaian pemain hendaklah jersi khas permainan, bernombor amat digalakkan dan  hendaklah menutup aurat sejajar dengan mahasiswa/i Islam.
8.      Peraturan permainan mengikut peraturan FIVB (Fédération Internationale de Volleyball).
  1. Setiap pasukan hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pengadil dan keputusan pengadil adalah muktamad.
  2.  Kami memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang wakil pengadil dari setiap Mantiqah
  3. Menyentuh jaring dikira batal.


 

PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA
KARISMA 2010


1.      PESERTA

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menuntut di universiti-universiti di Jordan.Penyertaan hendaklah dibuat melalui pihak berkenaan mantiqah masing-masing.


1.2 Setiap mantiqah hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan lelaki dan satu (1) pasukan wanita terdiri daripada berikut :-

1.2.1Pegawai

Satu (1) orang Pengurus
Dua (1) orang Jurulatih Lelaki
Dua (1) Jurulatih Wanita

1.2.2 Peserta                                                                                                                                                   Setiap Mantiqah dibenarkan menghantar sebanyak tiga ( 3 ) peserta bagi acara solo, dan empat ( 4 ) peserta bagi acara bergilir ( baton ).
            Peserta lelaki dibenarkan untuk menyertai semua jenis acara ( berulang-ulang ) yang ditandingkan bagi olahraga mengikut persetujuan bersama ketua kontinjen, pengurus dan jurulatih manakala peserta wanita hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu acara sahaja.

1.3 Setiap pegawai mantiqah dan peserta mesti mematuhi arahan pihak AJK pertandingan dan menepati masa.

1.4 Setiap pegawai dan peserta dikehendaki memenuhi etika pemakaian dan menjaga sikap.Provokasi tidak dibenarkan sama sekali.


2.      MASA MELAPORKAN DIRI

2.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada penyelia peserta 30 minit sebelum acara-acara mereka bermula.

2.2 Sebarang perubahan atau pindaan akan dimaklumkan kelak.


3.      ABJAD/NOMBOR PESERTA

3.1 Peserta tidak dibenarkan bertanding melainkan mereka mamakai ABJAD/NOMBOR yang ditentukan dihadapan dan di belakang badan.


4.      PERALATAN

4.1 Semua alat pertandingan termasuk Blok Permulaan (Starting Block) dan baton akan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal danPertandingan.


5.      PEMBAHAGIAN LORONG

5.1 Peraturan 8 adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

5.2 Setiap peserta akan diundi untuk menentukan lorong masing-masing.



6.      PENGGANTIAN

6.1 Bagi acara lari berganti-ganti, penggantian pelari boleh dibuat dengan peserta yang telah didaftarkan sahaja. Dengan itu semua nama dan maklumat peserta yang mengambil bahagian hendaklah diserahkan kepada Pegawai bertugas

6.2 Seseorang peserta yang diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil bahagian dalam acara-acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang menarik diri

6.3 Bagi acara (perseorangan), peserta yang telah didaftarkan sahaja yang layak mengambil
bahagian. Peserta gantian tidak dibenarkan.

7.      BANTAHAN/TATATERTIB

7.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah secara bertulis dan mempunyai sebab yang kukuh dan wajar.Bantahan yang tidak wajar tidak akan dilayan.

8.      PEMBATALAN

8.1 Semua peserta yang telah melayakkan diri dari pusingan awal ke pusingan berikutnya, tidak
dibenarkan menarik diri daripada menyertai acara tersebut.

8.2 Sekiranya berlaku, maka peserta berkenaan akan dibatalkan daripada pertandingan berikutnya kecuali dengan kebenaran daripada Pengadil atau Doktor (jika kecederaan).

8.3 Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan atau kemenangan sekiranya terdapat penipuan

8.4 Keputusan hakim adalah muktamad.


       9. HADIAH-HADIAH

9.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut :-

                                                         

EMAS
PERAK
GANGSA
LELAKI


100M
1
1
1
200M
1
1
1
400M
1
1
1
4X100M
1
1
1
4X400M
1
1
1
1500M
1
1
1

WANITA




100M
1
1
1
200M
1
1
1
4X100M
1
1
1




JUMLAH
9
9
9





Ucapan Presiden PRISMA

              
Sebagai mantiqoh yang ketiga teramai menghantar kontinjen pada KARISMA 10 pada kali ini, Mafraq sebagai adik bongsu yang kurang dari segi kuantiti atlit sejujurnya perlu mengalah kepada senior yang lebih hebat kemantapan mereka, namun bukan beerti semangat kesukanan itu turut dikalahkan, bahkan ketika melihat kepada kontinjen yang lebih handal atlit mereka, suntikan semangat terus terbius untuk kami melakukan yang terbaik pada KARISMA 10 kali ini. Berdepan dengan lawan yang terhebat bukan halangan utama kami, yang terpenting adalah semangat sepasukan (ukhuwwah) dan nilai kekuatan dan kesungguhan dalam permainan. Ibarat lidi yang sebatang tidak mampu untuk melakukan kerjanya, bahkan amat mudah dipatah-riukkan, namun bila diikat menjadi satu sebuah kereta pun mampu disapu. Kecil-kecil cili padi, kecil kami jangan disangka lemah, begitulah semangat yang kami pegang.

Peratusan kekuatan Mafraq dahulunya terletak pada kekuatan olahraga dan lebih tertumpu kepada acara lumba lari pecut 100 meter, apa pun kami dengan terbuka menerima bahawa pada tahun ini acara itu tidak lagi dipertandingkan. Tetapi bukan dengan ketiadaan acara emas itu menyebabkan kami akan menyerah kalah secara bulat-bulat, bahkan dalam acara sukan yang lain kami sedang dalam proses persiapan yang lebih teliti untuk memantapkan persembahan kami nanti. Yang paling utama, kami berjanji untuk memperbaiki semula rekod dan reputasi lama agar lebih baik daripada sesi lepas, serta membuktikan kuantiti bukan faktor utama dalam kejayaan tetapi ianya bergantung kepada kualiti dan kesungguhan.

Melihatkan kepada kekurangan kader-kader yang berbakat pada atlit kami pada sesi ini, sedikit sebanyak kesukaran itu terpaksa ditanggung oleh kami demi melihat kontinjen kami menang dan  meraih kejayaan. Tetapi ianya tidak mengganggu sebarang persiapan untuk kami melakukan yang terbaik nanti. Walaupun pada pandangan kami kekuatan kami belum dapat menandingi kekutan pada mantiqah-mantiqah lain, sekurang-kurangnya usaha dan tekad kami hanyalah untuk melakukan yang termampu dan terbaik pada KARISMA 10 nanti. Ukuran bukan pada bilangan tetapi pada kekutan.

Ia bakal menyuntik sedikit lagi semangat apabila pada tahun ini, Mafraq telah dinobatkan sebagai tuan rumah temasya besar ini.

Semoga dengan kedatangan kita di sana dengan tujuan ukhuwwah ini dapat meniupkan lagi semangat kesukanan kita di samping mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin di antara mahasiswa seluruh jordan. Pastinya setiap mantiqah akan melakukan yang terbaik untuk pasukan masing-masing, tetapi perlulah beringat-ingat, kita bersukan adalah untuk memberi kekuatan pada tubuh badan  dan menyahut seruan agama, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk siapa yang paling handal sehingga berlaku insiden-insiden yang melenyapkan nilai ukhuwwah nanti. Prinsip sukan dan ukhuwwah kedua-duanya perlu dijaga. Sekian dahulu, bagi kontinjen daripada Mafraq ingat janji kita untuk buat yang terbaik. Insyaallah. ALLAHUAKBAR!!!
Sekian.

Mohd Nasir bin Thamy Chek,
Presiden,
University Al al Bayt (PRISMA)





Warna Rasmi Bagi Setiap Mantiqah

Pada KARISMA 2010 kali ini,warna bagi setiap mantiqah telah ditukar dari sesi yang lepas. Warna rasmi bagi setiap mantiqah adalah seperti berikut:

Mafraq selaku tuan tanah MERAH
Irbid KUNING
Mu'tah HIJAU
Amman BIRU