Lawati blog Prisma?

Jom Undi, klik bawah...

Jumaat, 26 Mac 2010

Ucapan Presiden PRISMA

              
Sebagai mantiqoh yang ketiga teramai menghantar kontinjen pada KARISMA 10 pada kali ini, Mafraq sebagai adik bongsu yang kurang dari segi kuantiti atlit sejujurnya perlu mengalah kepada senior yang lebih hebat kemantapan mereka, namun bukan beerti semangat kesukanan itu turut dikalahkan, bahkan ketika melihat kepada kontinjen yang lebih handal atlit mereka, suntikan semangat terus terbius untuk kami melakukan yang terbaik pada KARISMA 10 kali ini. Berdepan dengan lawan yang terhebat bukan halangan utama kami, yang terpenting adalah semangat sepasukan (ukhuwwah) dan nilai kekuatan dan kesungguhan dalam permainan. Ibarat lidi yang sebatang tidak mampu untuk melakukan kerjanya, bahkan amat mudah dipatah-riukkan, namun bila diikat menjadi satu sebuah kereta pun mampu disapu. Kecil-kecil cili padi, kecil kami jangan disangka lemah, begitulah semangat yang kami pegang.

Peratusan kekuatan Mafraq dahulunya terletak pada kekuatan olahraga dan lebih tertumpu kepada acara lumba lari pecut 100 meter, apa pun kami dengan terbuka menerima bahawa pada tahun ini acara itu tidak lagi dipertandingkan. Tetapi bukan dengan ketiadaan acara emas itu menyebabkan kami akan menyerah kalah secara bulat-bulat, bahkan dalam acara sukan yang lain kami sedang dalam proses persiapan yang lebih teliti untuk memantapkan persembahan kami nanti. Yang paling utama, kami berjanji untuk memperbaiki semula rekod dan reputasi lama agar lebih baik daripada sesi lepas, serta membuktikan kuantiti bukan faktor utama dalam kejayaan tetapi ianya bergantung kepada kualiti dan kesungguhan.

Melihatkan kepada kekurangan kader-kader yang berbakat pada atlit kami pada sesi ini, sedikit sebanyak kesukaran itu terpaksa ditanggung oleh kami demi melihat kontinjen kami menang dan  meraih kejayaan. Tetapi ianya tidak mengganggu sebarang persiapan untuk kami melakukan yang terbaik nanti. Walaupun pada pandangan kami kekuatan kami belum dapat menandingi kekutan pada mantiqah-mantiqah lain, sekurang-kurangnya usaha dan tekad kami hanyalah untuk melakukan yang termampu dan terbaik pada KARISMA 10 nanti. Ukuran bukan pada bilangan tetapi pada kekutan.

Ia bakal menyuntik sedikit lagi semangat apabila pada tahun ini, Mafraq telah dinobatkan sebagai tuan rumah temasya besar ini.

Semoga dengan kedatangan kita di sana dengan tujuan ukhuwwah ini dapat meniupkan lagi semangat kesukanan kita di samping mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin di antara mahasiswa seluruh jordan. Pastinya setiap mantiqah akan melakukan yang terbaik untuk pasukan masing-masing, tetapi perlulah beringat-ingat, kita bersukan adalah untuk memberi kekuatan pada tubuh badan  dan menyahut seruan agama, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk siapa yang paling handal sehingga berlaku insiden-insiden yang melenyapkan nilai ukhuwwah nanti. Prinsip sukan dan ukhuwwah kedua-duanya perlu dijaga. Sekian dahulu, bagi kontinjen daripada Mafraq ingat janji kita untuk buat yang terbaik. Insyaallah. ALLAHUAKBAR!!!
Sekian.

Mohd Nasir bin Thamy Chek,
Presiden,
University Al al Bayt (PRISMA)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Berikan Kata-Kata Semangat Anda...