Lawati blog Prisma?

Jom Undi, klik bawah...

Ahad, 2 Mei 2010

Petikan Akhbar BH


KUALA LUMPUR: Walaupun berada jauh dari tanah air, lebih 500 pelajar Malaysia di Jordan tetap menyemarakkan semangat 1Malaysia menerusi karnival sukan selama dua hari yang dianjurkan dari Sabtu lalu bagi mengeratkan lagi silaturrahim.

Kaunselor Kebudayaan Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) di Jordan, Sulaiman Ismail, berkata ia adalah tahun ketiga acara sukan itu dianjurkan yang antara lain mempunyai objektif menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan pelajar di Jordan.


“Antara acara yang dipertandingkan pada sukan itu ialah acara padang dan balapan dan juga bola sepak, bola tampar, bola jaring dan ping pong," katanya dalam kenyataan.

Sulaiman mewakili Duta Besar Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz pada majlis pelancaran sukan itu yang berlangsung di Mafraq semalam.

Turut hadir Gabenor Mafraq, Ali Nazzal dan Presiden Universiti Al al-Bayt, Dr Nabil Shawaqfeh.

Dua acara sukan itu sebelum ini diadakan di Irbid dan tahun lalu di Mu’tah.

Kini terdapat 1,150 pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di Jordan.
Kebanyakan mereka mengambil jurusan Pengajian Islam, Bahasa Arab, Perubatan dan Pergigian di pelbagai peringkat daripada ijazah Sarjana Muda hingga Doktor Falsafah (PhD). - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila Berikan Kata-Kata Semangat Anda...