MUAT TURUN SYARAT-SYARAT AM & BORANG PENYERTAAN KARISMA 2010
-
Selamat Datang Ke KARISMA D'Mafraq
Mencari jaguh berjiwa faqih, adakah anda?
-
Tuan Rumah 2010
Adakah anda sudah bersedia?
-
Riadah Kerana Allah
Mujamma' Quraysh, Perhimpunan Pelajar Malaysia Di Bumi Orang...
-
PRISMA
Pundak utama karisma 2010
-
MPPMJ
Menceriakan kehidupan anda...
-
KARISMA 2010
Meneruskan intergriti mahasiswa Timur Tengah...
-
KONTINJEN MAFRAQ 09
Hijau kami kibarkan...
-
KONTINJEN AMMAN 09
Kuning kami kibarkan...
-
KONTINJEN IRBID 09
Biru kami kibarkan...
javascript:void(0)
-
KONTINJEN Mu'tah 09
Merah kami kibarkan...
-
AJK KARISMA 09
Kami menerajui...
-
Bola Sepak
Siapa bakal juara?
javascript:void(0)
-
Bola Tampar
Siapa Yang Menguasainya Tahun Ini?
javascript:void(0)
-
Bola Jaring
Mencari siapa pemenangnya...
javascript:void(0)
-
Badminton
Kontinjen mana yang akan menggondol kejuaraan?
javascript:void(0)
-
Ping Pong
Siapa jaguh?
javascript:void(0)
Kontinjen Anda
Refresh Our Spirits
Pengikut
KARISMA @ Twitter
KARISMA 2010 D' Mafraq's Fan Box
KARISMA 2010 D' Mafraq on Facebook
Label
2010
aabu
akhbar
Asrul
berita
borang
download
gabenor
Hayy Dubbat
Hayy Janub
Ihsan
Imaroh
jadual
juru kamera
karisma
karisma 2010
kata-kata
ketusan rasmi
lelaki
logo
mafraq
mantiqah
minda
mutiara
pengarah
Penginapan
penutup
perasmian
permainan
Peta
Prisma
program
Program dan infranstruktur sukan
promosi dan publisiti
rasmi
sukan
syarat
upaya
wanita
Jom Undi, klik bawah...
Sabtu, 27 Mac 2010
Jumaat, 26 Mac 2010
Peraturan-Peraturan Pertandingan
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK
1. Pertandingan berformatkan liga 2 kumpulan
2. 2 pasukan teratas sahaja akan ke perlawanan separuh akhir.
3. Juara dan naib juara kumpulan ditentukan dengan spesifikasi berikut :-
· Mata tertinggi.
· Jumlah jaringan tolak ( – ) bolos.
· Pertembungan muka ke muka.
4. Penentuan kumpulan bagi setiap pasukan adalah berdasarkan undi di hari perlawanan.
5. Tempoh perlawanan adalah selama 40 minit. Perlawanan akhir sahaja akan berlangsung selama 60 minit
6. Setiap mantiqah diberi kuota 2 pasukan sahaja.
8. Setiap pasukan diwakili seramai 18 pemain.
9. Undian akan dijalankan untuk menentukan kumpulan.
10. Setiap pasukan hendaklah memakai jersi seragam. Pakaian hendaklah menutup aurat.
11. Peraturan permainan mengikut peraturan FIFA.
12. Setiap pasukan hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Keputusan pengadil adalah Muktamad.
13. Setiap pemain diwajibkan memakai kasut bola.
14. Sebarang kata-kata kesat adalah ditegah sama sekali. Pemain boleh dibuang padang atas timbang rasa pengadil.
15. Kami memerlukan sekurang-kurangnya 3 orang wakil dari setiap mantiqah untuk menjadi pengadil dan pembantu pengadil.
16. Bagi mantiqah Amman dibenarkan mengambil pemain atau peserta vateran dari semua mantiqah atau kakitangan kerajaan yang berkhidmat di Jordan bagi mengelakkan mantiqah lain menghantar pasukan penuh atas tiket Amman.
Badminton Lelaki &Perempuan
- Pertandingan berformatkan LIGA.
- Setiap mantiqah dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja.
- Setiap pasukan terdiri daripada :
- 3 pemain perseorangan
- 2 pasangan beregu
- 2 pemain simpanan
- Mata perlawanan adalah sebanyak 21, dan jika kedudukan mata terikat
pada angka 20-20, maka kemenangan hendaklah ditentukan dengan beza 2
mata, dan jika berlarutan pada angka 29-29, mata 30 adalah game point.
- Setiap perlawanan berlangsung sebanyak 2 set utama, dan jika berlarutan, perlawanan terpaksa dilangsungkan ke rubber set. Kiraan mata untuk rubber set adalah sebanyak 21 juga.
- Juara akan ditentukan melalui mata tertinggi di dalam liga.
- Pakaian pemain hendaklah menutup aurat sejajar dengan mahasiswa/I Islam.
- Peraturan permainan mengikut peraturan BWF (Badminton World Federation).
- Setiap pasukan hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pengadil dan keputusan pengadil adalah muktamad.
- Nisbah bagi menentukan juara liga akan dikira seperti berikut :-
· Menang terbanyak
· Kemenangan besar ( 3 berbalas 0 ke atas )
· Pertembungan muka ke muka
- Kami memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang wakil dari mantiqah untuk menjadi pengadil
PERATURAN PERTANDINGAN PINGPONG
1- Permainan berbentuk LIGA.
2- Pemain hendaklah menghadirkan diri ke tempat permainan 10 minit LEBIH AWAL. Sekiranya gagal menghadirkan diri lebih awal atau terlambat akan dikira KALAH.
3- Bat terlanggar meja dikira BATAL. ( Satu mata untuk pihak lawan )
4- Meletak tangan di atas meja ketika perlawanan dikira BATAL. ( Satu mata untuk pihak lawan )
5- Tidak dibenarkan menukar pemain ketika perlawanan
6- Baling bat secara sengaja dikira BATAL PERMAINAN. ( Kemenangan bagi pihak lawan )
7- Permainan akan DIBATALKAN sekiranya berlaku pergaduhan di antara pemain atau penyokong. ( Keputusan akan dibuat oleh pengadil permainan )
8- Penggunaan bat yang tidak bergetah TIDAK DITERIMA
9- Nisbah bagi menentukan juara liga akan dikira seperti berikut :-
1. Menang terbanyak
2. Kemenangan besar ( 3 berbalas 0 ke atas )
3. Pertembungan muka ke muka
· Kami memerlukan senarai nama pengadil setiap mantiqah seramai 2 ORANG
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
1. Pertandingan berformatkan liga.
2. Setiap mantiqah dikehendaki menghantar 2 pasukan.
3. 1 pasukan adalah seramai 9 orang. (6 pemain utama serta 3 orang pemain simpanan)
beserta seorang pengurus pasukan
4. Mata perlawanan adalah sebanyak 25 mata, dan jika kedudukan mata terikat pada angka 24-24, maka kemenangan hendaklah ditentukan dengan beza 2 mata. Dan jika berlarutan pada angka 29-29, mata 30 adalah game point.
5. Setiap perlawanan berlangsung sebanyak 2 set utama, dan jika berlarutan, perlawanan terpaksa diseret ke rubber set. Kiraan mata untuk rubber set adalah sebanyak 15 mata sahaja.
6. Juara liga akan ditentukan melalui mata tertinggi di dalam liga.
7. Pakaian pemain hendaklah jersi khas permainan, bernombor amat digalakkan dan hendaklah menutup aurat sejajar dengan mahasiswa/i Islam.
8. Peraturan permainan mengikut peraturan FIVB (Fédération Internationale de Volleyball).
- Setiap pasukan hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pengadil dan keputusan pengadil adalah muktamad.
- Kami memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang wakil pengadil dari setiap Mantiqah
- Menyentuh jaring dikira batal.
PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA
KARISMA 2010
1. PESERTA
1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar Malaysia yang menuntut di universiti-universiti di Jordan.Penyertaan hendaklah dibuat melalui pihak berkenaan mantiqah masing-masing.
1.2 Setiap mantiqah hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan lelaki dan satu (1) pasukan wanita terdiri daripada berikut :-
1.2.1Pegawai
Satu (1) orang Pengurus
Dua (1) orang Jurulatih Lelaki
Dua (1) Jurulatih Wanita
1.2.2 Peserta Setiap Mantiqah dibenarkan menghantar sebanyak tiga ( 3 ) peserta bagi acara solo, dan empat ( 4 ) peserta bagi acara bergilir ( baton ).
Peserta lelaki dibenarkan untuk menyertai semua jenis acara ( berulang-ulang ) yang ditandingkan bagi olahraga mengikut persetujuan bersama ketua kontinjen, pengurus dan jurulatih manakala peserta wanita hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu acara sahaja.
1.3 Setiap pegawai mantiqah dan peserta mesti mematuhi arahan pihak AJK pertandingan dan menepati masa.
1.4 Setiap pegawai dan peserta dikehendaki memenuhi etika pemakaian dan menjaga sikap.Provokasi tidak dibenarkan sama sekali.
2. MASA MELAPORKAN DIRI
2.1 Semua peserta hendaklah melaporkan diri kepada penyelia peserta 30 minit sebelum acara-acara mereka bermula.
2.2 Sebarang perubahan atau pindaan akan dimaklumkan kelak.
3. ABJAD/NOMBOR PESERTA
3.1 Peserta tidak dibenarkan bertanding melainkan mereka mamakai ABJAD/NOMBOR yang ditentukan dihadapan dan di belakang badan.
4. PERALATAN
4.1 Semua alat pertandingan termasuk Blok Permulaan (Starting Block) dan baton akan disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal danPertandingan.
5. PEMBAHAGIAN LORONG
5.1 Peraturan 8 adalah menjadi tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
5.2 Setiap peserta akan diundi untuk menentukan lorong masing-masing.
6. PENGGANTIAN
6.1 Bagi acara lari berganti-ganti, penggantian pelari boleh dibuat dengan peserta yang telah didaftarkan sahaja. Dengan itu semua nama dan maklumat peserta yang mengambil bahagian hendaklah diserahkan kepada Pegawai bertugas
6.2 Seseorang peserta yang diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil bahagian dalam acara-acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang menarik diri
6.3 Bagi acara (perseorangan), peserta yang telah didaftarkan sahaja yang layak mengambil
bahagian. Peserta gantian tidak dibenarkan.
7. BANTAHAN/TATATERTIB
7.1 Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah secara bertulis dan mempunyai sebab yang kukuh dan wajar.Bantahan yang tidak wajar tidak akan dilayan.
8. PEMBATALAN
8.1 Semua peserta yang telah melayakkan diri dari pusingan awal ke pusingan berikutnya, tidak
dibenarkan menarik diri daripada menyertai acara tersebut.
8.2 Sekiranya berlaku, maka peserta berkenaan akan dibatalkan daripada pertandingan berikutnya kecuali dengan kebenaran daripada Pengadil atau Doktor (jika kecederaan).
8.3 Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan atau kemenangan sekiranya terdapat penipuan
8.4 Keputusan hakim adalah muktamad.
9. HADIAH-HADIAH
9.1 Pingat-pingat akan disediakan seperti berikut :-
EMAS | PERAK | GANGSA | |
LELAKI | |||
100M | 1 | 1 | 1 |
200M | 1 | 1 | 1 |
400M | 1 | 1 | 1 |
4X100M | 1 | 1 | 1 |
4X400M | 1 | 1 | 1 |
1500M | 1 | 1 | 1 |
WANITA | |||
100M | 1 | 1 | 1 |
200M | 1 | 1 | 1 |
4X100M | 1 | 1 | 1 |
JUMLAH | 9 | 9 | 9 |
Labels:
Program dan infranstruktur sukan
Ucapan Presiden PRISMA
Sebagai mantiqoh yang ketiga teramai menghantar kontinjen pada KARISMA 10 pada kali ini, Mafraq sebagai adik bongsu yang kurang dari segi kuantiti atlit sejujurnya perlu mengalah kepada senior yang lebih hebat kemantapan mereka, namun bukan beerti semangat kesukanan itu turut dikalahkan, bahkan ketika melihat kepada kontinjen yang lebih handal atlit mereka, suntikan semangat terus terbius untuk kami melakukan yang terbaik pada KARISMA 10 kali ini. Berdepan dengan lawan yang terhebat bukan halangan utama kami, yang terpenting adalah semangat sepasukan (ukhuwwah) dan nilai kekuatan dan kesungguhan dalam permainan. Ibarat lidi yang sebatang tidak mampu untuk melakukan kerjanya, bahkan amat mudah dipatah-riukkan, namun bila diikat menjadi satu sebuah kereta pun mampu disapu. Kecil-kecil cili padi, kecil kami jangan disangka lemah, begitulah semangat yang kami pegang.
Peratusan kekuatan Mafraq dahulunya terletak pada kekuatan olahraga dan lebih tertumpu kepada acara lumba lari pecut 100 meter, apa pun kami dengan terbuka menerima bahawa pada tahun ini acara itu tidak lagi dipertandingkan. Tetapi bukan dengan ketiadaan acara emas itu menyebabkan kami akan menyerah kalah secara bulat-bulat, bahkan dalam acara sukan yang lain kami sedang dalam proses persiapan yang lebih teliti untuk memantapkan persembahan kami nanti. Yang paling utama, kami berjanji untuk memperbaiki semula rekod dan reputasi lama agar lebih baik daripada sesi lepas, serta membuktikan kuantiti bukan faktor utama dalam kejayaan tetapi ianya bergantung kepada kualiti dan kesungguhan.
Melihatkan kepada kekurangan kader-kader yang berbakat pada atlit kami pada sesi ini, sedikit sebanyak kesukaran itu terpaksa ditanggung oleh kami demi melihat kontinjen kami menang dan meraih kejayaan. Tetapi ianya tidak mengganggu sebarang persiapan untuk kami melakukan yang terbaik nanti. Walaupun pada pandangan kami kekuatan kami belum dapat menandingi kekutan pada mantiqah-mantiqah lain, sekurang-kurangnya usaha dan tekad kami hanyalah untuk melakukan yang termampu dan terbaik pada KARISMA 10 nanti. Ukuran bukan pada bilangan tetapi pada kekutan.
Ia bakal menyuntik sedikit lagi semangat apabila pada tahun ini, Mafraq telah dinobatkan sebagai tuan rumah temasya besar ini.
Semoga dengan kedatangan kita di sana dengan tujuan ukhuwwah ini dapat meniupkan lagi semangat kesukanan kita di samping mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin di antara mahasiswa seluruh jordan. Pastinya setiap mantiqah akan melakukan yang terbaik untuk pasukan masing-masing, tetapi perlulah beringat-ingat, kita bersukan adalah untuk memberi kekuatan pada tubuh badan dan menyahut seruan agama, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk siapa yang paling handal sehingga berlaku insiden-insiden yang melenyapkan nilai ukhuwwah nanti. Prinsip sukan dan ukhuwwah kedua-duanya perlu dijaga. Sekian dahulu, bagi kontinjen daripada Mafraq ingat janji kita untuk buat yang terbaik. Insyaallah. ALLAHUAKBAR!!!
Labels:
karisma,
promosi dan publisiti
Warna Rasmi Bagi Setiap Mantiqah
Pada KARISMA 2010 kali ini,warna bagi setiap mantiqah telah ditukar dari sesi yang lepas. Warna rasmi bagi setiap mantiqah adalah seperti berikut:
Mafraq selaku tuan tanah MERAH
Irbid KUNING
Mu'tah HIJAU
Amman BIRU
Khamis, 25 Mac 2010
Ucapan Presiden PERMAI
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Bersyukur kita kepada Allah atas nikmat Iman dan Islam yang tidak ternilai dengan harga dunia, yang menjadi bekal perjalanan ke akhirat sana. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w. rasul junjungan tercinta.
Sebagaimana yang kita maklum, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan ( MPPMJ ) sudah berada dalam fasa pertambahan bilangan ahli yang kini telah melebihi seribu orang. Maka, platform KARISMA boleh dijadikan salah satu wasilah terbaik bagi mencari pertama-permata sukan sekaligus menyatukan semua mahasiswa dari segenap mantiqah di Jordan di atas ikatan ukhuwah melalui semangat kesukanan. Tahun ini bertempat di Mafraq, diharapkan KARISMA 2010 menjadi medan untuk semua mahasiswa dan mahasiswi menyahut motto kejohanan pada tahun ini , ‘Minda Atasi Upaya‘.
Kepadatan jadual kelas dan juga peperiksaan sebenarnya bukanlah alasan untuk kita tidak berkecimpung dalam arena sukan. Sebagaimana yang kita tahu kekuatan minda juga bergantung kepada kesihatan tubuh badan, dan kekuatan minda juga mampu meningkat upaya manusia jauh daripada apa yang kita sangka. Korelasi antara minda dan tubuh ditambah dengan tiupan kekuatan rohani adalah sangat penting dalam melahirkan mahasiswa muslim yang produktif. Oleh itu, sama-sama kita menjadikan lapangan sukan ini sebagai salah satu cara untuk membangunkan kualiti diri kia dan sebagai bentuk manifestasi kehambaan kita kepada Allah.
Akhir kata, khusus buat semua ahli PERMAI, saya mewakili barisan pimpinan PERMAI mengucapkan selamat berKARISMA, semoga medium sukan ini menjadi wadah untuk kita mencapai halatuju PERMAI bagi sesi ini iaitu kebersamaan ahli dan pembangunan mentaliti dan potensi.
Buat semua warga MPPM, sama-sama kita berusaha agar program yang besar seperti ini berjaya mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga berjaya juga diucapkan buat ajk pelaksana KARISMA 2010 di bawah pimpinan saudara Roy Andika bin Soeharto, semoga dipermudahkan urusan oleh Allah.
Sekian, terima kasih.
'Bersatu ke Arah Kecemerlangan'
'Bersatu ke Arah Kecemerlangan'
Ucapan Presiden PERMATA
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah serta selawat dan salam kepada junjungan besar baginda Nabi Muhammad SAW. Setelah KARISMA 09 melabuhkan tirainya di Mu’tah pada tahun lepas, sudah tentu tahun ini kemunculan KARISMA 10, acara yang penuh berprestij ini dinanti-nantikan oleh semua warga mahasiswa Jordan. Syabas kepada jawatankuasa pelaksana serta mahasiswa di Mafraq kerana cuba untuk meniupkan semangat sukan yang bertunjangkan ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa Jordan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat berjuang kepada seluruh mahasiswa mahasiswi Jordan di seluruh mantiqah. Mu’tah yang mempunyai komposisi mahasiswa kedua terbesar selepas mantiqah Irbid akan mara memberi saingan yang lebih hebat kepada sahabat-sahabat dari mantiqah lain, demi meningkatkan prestasi kami pada tahun lepas yang menyandang gelaran naib juara keseluruhan. Apa yang diharap adalah sokongan dan usaha yang padu daripada kontijen Mu’tah agar kita terus dapat memberi saingan yang sengit nanti. Insya-Allah dengan masa yang masih berbaki ini, Mu’tah akan menggegarkan Mafraq, seterusnya menempa kejayaan yang cemerlang di gelanggang KARISMA 10 nanti.
Walaubagaimanapun, apa yang lebih penting untuk dicapai dalam siri-siri program yang dianjurkan oleh MPPM termasuklah KARISMA adalah mempertemukan serta mempersaudarakan semua rakyat Malaysia yang belajar dari pelbagai universiti di Jordan ini. Acara-acara yang dipertandingkan dalam KARISMA adalah sebagai salah satu wasilah untuk mencipta kenangan manis persaudaraan yang dibina atas dasar akidah yang satu ini. Sehubungan dengan itu, saya menyeru sahabat-sahabat dari Mu’tah dan mantiqah lain agar dapat menggunakan peluang keemasan ini untuk mengeratkan lagi kesatuan yang tersedia ada . Jadikanlah gelanggang pertandingan sebagai tempat penjanaan perpaduan dan bukan hanya tempat untuk menguji kecergasan fizikal dan minda semata mata.
Dengan bersemaraknya kegiatan sukan, hasil usaha bersungguh-sungguh kerajaan Malaysia, saya yakin kegiatan sukan dapat memenuhi konsep cara hidup yang aktif dan sihat ke arah peningkatan kualiti hidup. Usaha yang digarap oleh Jabatan Penuntut Malaysia melalui MPPMJ dapat membentuk nilai-nilai ketangkasan fizikal dan mental termasuklah keyakinan diri serta semangat berdaya saing dan berdaya tahan. Nilai-nilai positif inilah yang wajar dicetuskan dalam hati nurani kita dan menjadi sebahagian daripada hidup kita agar dapat mempersiapkan diri sebagai agen pemangkin pembangunan pada masa hadapan.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana. Saya percaya tanpa persediaan yang bersungguh-sungguh dan perancangan yang rapi, program sebesar ini sudah tentu tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, saya juga berharap semua kontijen dari pelbagai mantiqah dapat menunjukkan kesungguhan dan akhlak terpuji demi membalas jasa jawatankuasa pelaksana yang telah dicurahkan.
Ahmad Amiruddin Bin Haji Ibrahim,
Presiden,
Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Mu’tah,
Sesi 2009/2010.
Isnin, 22 Mac 2010
Nukilan Pengarah Karisma 2010
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad saw serta sekalian Para Sahabat baginda dan Tabien. Semoga ALLAH taala mencucuri rahmat kepada mereka semua, amin.
Terdahulu, saya mengucapkan salam sejahtera kepada semua teman-teman mahasiswa di setiap mantiqah. Dengan harapan yang tinggi dan besar agar ukhwah kita sentiasa berkekalan.
Meminjam sepotong kata hukama' yang bermaksud: ‘Akal yang cerdas bermula daripada tubuh badan yang cergas’
Sahabat-sahabat sekalian,
ISLAM adalah sebuah agama yang dasarnya melengkapi seluruh aspek kehidupan. Bermula daripada sudut kerohanian yang wajar diutamakan, aspek jasmani juga turut tidak diabaikan. Kalaulah kekuatan sebuah agama seperti ISLAM ini letaknya pada kekuatan rohani, maka begitu jualah pada manusia. Jasmaninya akan beroleh kekuatan melalui kesihatan tubuhnya. Maka, ISLAM tidak mahu penganut agamanya hanya mempunyai kelebihan dari sudut rohani semata-mata, tetapi juga jasmani yang kental. Bukankah untuk mempertahankan daripada serangan musuh, kita memerlukan tubuh yang sihat dan kekuatan yang tinggi?
Oleh itu, jalan terbaik bagi mengukuhkan kekuatan jasmani ini tidak lain tidak bukan melalui latihan jasmani samada bersukan atau sebagainya. Apabila fizikal manusia sudah sihat, ia bakal melahirkan kekuatan pemikiran dan minda yang cerdas. Ia berupaya mengatasi segala pencapaian diri. Maka, kita harus menyahut seruan Nabi saw ini sebagaimana hadis yang telah saya bacakan di atas.
Teman-teman yang budiman,
Apa yang kita mahukan bukan sekadar minda yang tajam tetapi sekaligus dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan tubuh badan. Tidak rugi jika amalan bersukan seperti ini dipraktikkan di sepanjang kehidupan kita, ia bukan sahaja dapat memberi kesihatan bahkan mampu menghindari diri daripada sebarang peyakit. Bukahkah pepatah arab ada menyebut: ‘Mencegah itu lebih baik daripada merubat’ . salah satu cara mencegah penyakit adalah dengan bersukan.
Menyahut seruan itu, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM) sekali lagi pada tahun ini akan menganjurkan acara tradisi iaitu Karnival Sukan untuk anda semua. Saya selaku pengarah yang diamanahkan untuk menjadi pengemudi temasya besar ini dengan berbesar hati mengucapkan selamat datang ke tanah Mafraq. Pada tahun ini, Mafraq yang telah sepi dari beberapa program besar MPPM bakal menjadi tuan rumah anda. Saya tidak mahu lagi menjanjikan apa-apa kejutan, tetapi cukup saya hanya katakan bahawa temasya kali akan saya lakukan yang terbaik untuk anda semua. ‘Besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan!’
Tidak cukup dengan itu, dengan bertemakan MINDA ATASI UPAYA ini saya kira ia mampu menggerakkan seluruh kekuatan anda untuk melakukan yang terbaik untuk acara ini. Saya tidak memandang bahawa sukan ini hanya untuk bersuka-ria semata-mata, jauh daripada maksud itu saya mahukan ia bakal menjadi medan yang dapat menyatukan seluruh ukhwah kita. Masih ingat lagikah tema KARISMA tahun yang lalu? Amat cantik maksudnya ‘Saya Datang Kerana Ukhwah’. Ia sudahpun menjadi realiti. Lalu, misi ukhwah mesti kita panjang-panjangkan melalui medan sukan ini sehingga ke saat ini.
Kepada seluruh kontinjen yang bakal menonjolkan bakat dan kekuatan dalam persaingan ini, jangan lupa bahawa sukan juga adalah ibadah kepada ALLAH. Jika kita tersimpang daripada tujuan ini, maka ia akan mengurangkan nilai kita di sisi ALLAH taala. Bersemangat itu perlu, tetapi apa yang lebih perlu kita menjaga batas-batasnya.
Teman-teman,
Seperti tahun-tahun yang lalu, acara yang dipertandingkan adalah serupa. Maka, pesan saya kepada semua kontinjen dan atlet yang bakal bertanding, pastikan anda mempunyai persiapan yang sepenuhnya. Kalaupun kita tidak mendapat yang terbaik, sekurang-kurangnya kita mampu melakukan yang terbaik. Mafraq, Irbid, Mu’tah dan Amman , semua ini nama-nama hebat yang mampu melakukan sesuatu kelainan dan kejayaan yang besar.
Akhir kata, selain mengharapkan komitmen yang besar daripada seluruh teman mahasiswa dalam temasya itu nanti, saya juga tidak jemu untuk berpesan agar di dalam temasya itu nanti kita mesti bersatu. Saya mahukan, bukan sekadar sukan sahaja yang maju, tetapi juga ukhwah yang bersatu. Sambutlah salam manis daripada saya dan seluruh ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan KARISMA ini. Berjumpa kita di Mafraq,tanah tandus tp penuh harapan dan impian anda untuk mencipta sejarah kejuaraan.
Salam ukhwah, majulah sukan untuk Negara.
‘MINDA ATASI UPAYA’
Pengarah KARISMA 2010
Roy Andika bin Soeharto
Langgan:
Catatan (Atom)














