Lawati blog Prisma?

Jom Undi, klik bawah...

Memaparkan catatan dengan label karisma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karisma. Papar semua catatan

Rabu, 28 April 2010

Juru Kamera Rasmi KARISMA 2010 D'Mafraq


Juru Kamera Rasmi untuk KARISMA 2010 D'Mafraq. Terdiri daripada mereka yang tidak asing lagi dalam dunia fotografi. Mereka adalah:


Terus muat turun Peristiwa KARISMA 2010 D'Mafraq hanya dengan klik nama juru kamera di atas.
Pastikan selepas tamat KARISMA 2010 D'Mafraq

Sabtu, 27 Mac 2010

Perhatian

MUAT TURUN SYARAT-SYARAT AM & BORANG PENYERTAAN KARISMA 2010

 

Kepada Ketua Kontinjen bagi setiap Mantiqah, sila muat turun SYARAT-SYARAT AM & BORANG PENYERTAAN KARISMA 2010 melalui link yang diberikan..

Borang & Syarat 

 

Jumaat, 26 Mac 2010

Ucapan Presiden PRISMA

              
Sebagai mantiqoh yang ketiga teramai menghantar kontinjen pada KARISMA 10 pada kali ini, Mafraq sebagai adik bongsu yang kurang dari segi kuantiti atlit sejujurnya perlu mengalah kepada senior yang lebih hebat kemantapan mereka, namun bukan beerti semangat kesukanan itu turut dikalahkan, bahkan ketika melihat kepada kontinjen yang lebih handal atlit mereka, suntikan semangat terus terbius untuk kami melakukan yang terbaik pada KARISMA 10 kali ini. Berdepan dengan lawan yang terhebat bukan halangan utama kami, yang terpenting adalah semangat sepasukan (ukhuwwah) dan nilai kekuatan dan kesungguhan dalam permainan. Ibarat lidi yang sebatang tidak mampu untuk melakukan kerjanya, bahkan amat mudah dipatah-riukkan, namun bila diikat menjadi satu sebuah kereta pun mampu disapu. Kecil-kecil cili padi, kecil kami jangan disangka lemah, begitulah semangat yang kami pegang.

Peratusan kekuatan Mafraq dahulunya terletak pada kekuatan olahraga dan lebih tertumpu kepada acara lumba lari pecut 100 meter, apa pun kami dengan terbuka menerima bahawa pada tahun ini acara itu tidak lagi dipertandingkan. Tetapi bukan dengan ketiadaan acara emas itu menyebabkan kami akan menyerah kalah secara bulat-bulat, bahkan dalam acara sukan yang lain kami sedang dalam proses persiapan yang lebih teliti untuk memantapkan persembahan kami nanti. Yang paling utama, kami berjanji untuk memperbaiki semula rekod dan reputasi lama agar lebih baik daripada sesi lepas, serta membuktikan kuantiti bukan faktor utama dalam kejayaan tetapi ianya bergantung kepada kualiti dan kesungguhan.

Melihatkan kepada kekurangan kader-kader yang berbakat pada atlit kami pada sesi ini, sedikit sebanyak kesukaran itu terpaksa ditanggung oleh kami demi melihat kontinjen kami menang dan  meraih kejayaan. Tetapi ianya tidak mengganggu sebarang persiapan untuk kami melakukan yang terbaik nanti. Walaupun pada pandangan kami kekuatan kami belum dapat menandingi kekutan pada mantiqah-mantiqah lain, sekurang-kurangnya usaha dan tekad kami hanyalah untuk melakukan yang termampu dan terbaik pada KARISMA 10 nanti. Ukuran bukan pada bilangan tetapi pada kekutan.

Ia bakal menyuntik sedikit lagi semangat apabila pada tahun ini, Mafraq telah dinobatkan sebagai tuan rumah temasya besar ini.

Semoga dengan kedatangan kita di sana dengan tujuan ukhuwwah ini dapat meniupkan lagi semangat kesukanan kita di samping mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin di antara mahasiswa seluruh jordan. Pastinya setiap mantiqah akan melakukan yang terbaik untuk pasukan masing-masing, tetapi perlulah beringat-ingat, kita bersukan adalah untuk memberi kekuatan pada tubuh badan  dan menyahut seruan agama, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk siapa yang paling handal sehingga berlaku insiden-insiden yang melenyapkan nilai ukhuwwah nanti. Prinsip sukan dan ukhuwwah kedua-duanya perlu dijaga. Sekian dahulu, bagi kontinjen daripada Mafraq ingat janji kita untuk buat yang terbaik. Insyaallah. ALLAHUAKBAR!!!
Sekian.

Mohd Nasir bin Thamy Chek,
Presiden,
University Al al Bayt (PRISMA)





Isnin, 22 Mac 2010

Nukilan Pengarah Karisma 2010


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad saw serta sekalian Para Sahabat baginda dan Tabien. Semoga ALLAH taala mencucuri rahmat kepada mereka semua, amin.
Terdahulu, saya mengucapkan salam sejahtera kepada semua teman-teman mahasiswa di setiap mantiqah. Dengan harapan yang tinggi dan besar agar ukhwah kita sentiasa berkekalan.
Meminjam sepotong kata hukama' yang bermaksud: ‘Akal yang cerdas bermula daripada tubuh badan yang cergas’
Sahabat-sahabat sekalian,
ISLAM adalah sebuah agama yang dasarnya melengkapi seluruh aspek kehidupan. Bermula daripada sudut kerohanian yang wajar diutamakan, aspek jasmani juga turut tidak diabaikan. Kalaulah kekuatan sebuah agama seperti ISLAM ini letaknya pada kekuatan rohani, maka begitu jualah pada manusia. Jasmaninya akan beroleh kekuatan melalui kesihatan tubuhnya. Maka, ISLAM tidak mahu penganut agamanya hanya mempunyai kelebihan dari sudut rohani semata-mata, tetapi juga jasmani yang kental. Bukankah untuk mempertahankan daripada serangan musuh, kita memerlukan tubuh yang sihat dan kekuatan yang tinggi?
Oleh itu, jalan terbaik bagi mengukuhkan kekuatan jasmani ini tidak lain tidak bukan melalui latihan jasmani samada bersukan atau sebagainya. Apabila fizikal manusia sudah sihat, ia bakal melahirkan kekuatan pemikiran dan minda yang cerdas. Ia berupaya mengatasi segala pencapaian diri. Maka, kita harus menyahut seruan Nabi saw ini sebagaimana hadis yang telah saya bacakan di atas.
Teman-teman yang budiman,
                Apa yang kita mahukan bukan sekadar minda yang tajam tetapi sekaligus dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan tubuh badan. Tidak rugi jika amalan bersukan seperti ini dipraktikkan di sepanjang kehidupan kita, ia bukan sahaja dapat memberi kesihatan bahkan mampu menghindari diri daripada sebarang peyakit. Bukahkah pepatah arab ada menyebut: ‘Mencegah itu lebih baik daripada merubat’ .  salah satu cara mencegah penyakit adalah dengan bersukan.
                Menyahut seruan itu, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM) sekali lagi pada tahun ini akan menganjurkan acara tradisi iaitu Karnival Sukan untuk anda semua. Saya selaku pengarah yang diamanahkan untuk menjadi pengemudi temasya besar ini dengan berbesar hati mengucapkan selamat datang ke tanah Mafraq. Pada tahun ini, Mafraq yang telah sepi dari beberapa program besar MPPM bakal menjadi tuan rumah anda. Saya tidak mahu lagi menjanjikan apa-apa kejutan, tetapi cukup saya hanya katakan bahawa temasya kali akan saya lakukan yang terbaik untuk anda semua. ‘Besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan!’
Tidak cukup dengan itu, dengan bertemakan MINDA ATASI UPAYA ini saya kira ia mampu menggerakkan seluruh kekuatan anda untuk melakukan yang terbaik untuk acara ini. Saya tidak memandang bahawa sukan ini hanya untuk bersuka-ria semata-mata, jauh daripada maksud itu saya mahukan ia bakal menjadi medan yang dapat menyatukan seluruh ukhwah kita. Masih ingat lagikah tema KARISMA tahun yang lalu? Amat cantik maksudnya ‘Saya Datang Kerana Ukhwah’. Ia sudahpun menjadi realiti. Lalu, misi ukhwah mesti kita panjang-panjangkan melalui medan sukan ini sehingga ke saat ini.
Kepada seluruh kontinjen yang bakal menonjolkan bakat dan kekuatan dalam persaingan ini, jangan lupa bahawa sukan juga adalah ibadah kepada ALLAH. Jika kita tersimpang daripada tujuan ini, maka ia akan mengurangkan nilai kita di sisi ALLAH taala. Bersemangat itu perlu, tetapi apa yang lebih perlu kita menjaga batas-batasnya.
Teman-teman,
                Seperti tahun-tahun yang lalu, acara yang dipertandingkan adalah serupa. Maka, pesan saya kepada semua kontinjen dan atlet yang bakal bertanding, pastikan anda mempunyai persiapan yang sepenuhnya. Kalaupun kita tidak mendapat yang terbaik, sekurang-kurangnya kita mampu melakukan yang terbaik. Mafraq, Irbid, Mu’tah dan Amman, semua ini nama-nama hebat yang mampu melakukan sesuatu kelainan dan kejayaan yang besar.
Akhir kata, selain mengharapkan komitmen yang besar daripada seluruh teman mahasiswa dalam temasya itu nanti, saya juga tidak jemu untuk berpesan agar di dalam temasya itu nanti kita mesti bersatu. Saya mahukan, bukan sekadar sukan sahaja yang maju, tetapi juga ukhwah yang bersatu. Sambutlah salam manis daripada saya dan seluruh ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan KARISMA ini. Berjumpa kita di Mafraq,tanah tandus tp penuh harapan dan impian anda untuk mencipta sejarah kejuaraan.
Salam ukhwah, majulah sukan untuk Negara.
MINDA ATASI UPAYA’

Pengarah KARISMA 2010
Roy Andika bin Soeharto


               



Sabtu, 20 Mac 2010

Ada Apa Pada Logo

Karnival Sukan Mahasiswa 
"MINDA ATASI UPAYA"

Logo KARISMA pada tahun ini telah direka oleh saudara Naim yang mana telah dipilih oleh majlis tertinggi ajk pelaksana.

 Apa yang ada pada logo:

KARISMA:
Ia membawa maksud Karnival Sukan Mahasiswa SeJordan
4 WARNA:
Warna-warna ini mewakili antara 4 buah mantiqah di Jordan yang bakal bertanding antaranya Mafraq selaku Tuan Tanah, Irbid, Mu'tah dan Amman
MASKOT:
Melambangkan para atlet yang bakal mengegarkan bumi Mafraq
BENTUK TULISAN:
Berkonsepkan sukan yang berlangsung di tanah Arab

Moto:
"MINDA ATASI UPAYA"



Khamis, 18 Mac 2010

Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) Kini Kembali



oleh: Mohammad Sufian Bin Talib
Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Al al-Bayt (Prisma) pada tahun ini bertuah kerana berjaya menjadi tuan rumah bagi Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) bagi tahun 2010. Presiden Prisma, Ust Mohd Nasir Thambi Chik dalam ulasannya bersama unit media Prisma pagi tadi melahirkan rasa berbesar hati dan berjanji akan menjadikan ia satu landasan terbaik untuk mengasah bakat pelajar Malaysia di Jordan dalam bidang riadah jasmaniah.

Sehubungan dengan itu, ketika diminta mengulas mengenai persiapan bagi menghadapi KARISMA 2010, Timb. Pengarah Eksekutifnya, Mohd Fikri Khusainy berkata: " setakat ini, persiapan dari sudut organisasi atau tanzim pelaksana berjalan dengan baik sekali, cuma ada beberapa isu teknikal dan perhubungan antara wakil-wakil zon, pihak jawantankuasa sedang uruskan". Walaupun dalam minggu-minggu peperiksaan awal, insyaAllah dengan tenaga yang Allah berikan, kita akan cuba menjalankan amanah ini dengan sebaiknya".

KARISMA 2010 kali ini akan diadakan di Mafraq, Jordan dan akan berlangsung sepanjang beberapa hari. Tarikh berlangsungnya karnival ini ialah pada 29 april - 1 mei 2010 iaitu 2 hari 1 malam. KARISMA adalah salah satu upacara tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ).

-unit berita dan multimedia KARISMA